Friday, 7 March 2014

Wanita Syurga Bidadari Dunia


Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa
………………………………………………………..
Awatif..Akulah tu.Nama yang diberikan itu sesungguhnya indah bagi diriku.
Aku ingin menjadi seperti Khadijah..seprti Rabiatul Adawiyah..Nama-nama itu sangat hebat dalam sejarah srikandi Islam.
Ikhtilat?Apa itu ikhtilat?Perlukah ikhtilat?..
Hemm.Ikhtilat sesama ajnabi sangat penting.Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sanagt perlu dititikberatkan.
Dalam usiaku baru 19 tahun, baru memasuki dunia kampus di salah satu Pusat pengajian di pantai timur , aku sememamngnya ingin mencintai dan dicintai.Aku amat menjaga ikhtilat sesama ajnabi.
Namun , hidup tak selalunya indah.Aku lemah dengan panahan mesra si Adam yang asyik mengganggu aku.
“Fina,tolong aku,kau tahu bukan aku tidak suka bercinta sebelum kahwin? Kau juga tahu prinsip aku.”kata aku kepada sahabat karibku itu.Hanya dia seorang yang tahu masalah aku itu.
“ Watif , kalau dia nak ‘cop’ kau apa salahnya.Yang penting masing-masing menjaga ikhtilat.” Jawab Fina.
Aku buntu mencari jawapan mengenai lamaran Azmir terhadap diriku.Sememangnya ingin sekali jodohku orang tuaku yang memilih.Umur 19 tahun?Perlukah aku fikir semua tu?
————————————————————————–
UNTUK MENGGAPAI WANITA SYURGA ITU SULIT SEKALI.WALAU DI AWAL MENJAGA TETAPI TUNDUK DENGAN HASUTAN NAFSU DAN SYAITAN..MUJAHADAH NAFSI PERLU KUAT..KEAZAMAN PERLUKAN TINDAKAN MENGHASILKAN KEJAYAAN.
IKHTILAT
Bermaksud pergaulan.Pergaulan membawa maksud percampuran sesama manusia sama ada lelaki atau wanita.
Susahkah ingin menjaga iKhtilat?Sememangnya ia memerlukan mujahadah yang sangat kuat.
Tiada ada masalah kalau seorang wanita itu telah ‘dicop’ oleh mana-mana lelaki.Namun ingat..Syaitan itu ada di mana-mana.Dia akan sentiasa mengaburi mata kita.Jagalah perhubungan yang dibina mengikut syarak.Couple Islamik tidak pernah wujud dalam Islam.Matlamat takkan menghalalkan cara.Couple islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.
Saya ingin berkongsi satu kisah benar.Seorang perempuan ini telah ‘dicop’ oleh seorang lelaki , dan tempoh perkenalan mereka selama 7 tahun.Dalam tempoh itu si lelaki meminta untuk berhubung dengan perempuan itu 4 bulan sekali.Tetapi perempuan itu tidak bersetuju dan menjawab.Kalau kamu tidak dengar berita saya meninggal dunia , maknanya saya masih sihat… Subhanaallah.Lihatlah betapa si perempuan ini amat menjaga perhubungan ini.Dalam tempoh 7 tahun hanya 3 kali mereka berhubung.
Dan paling terkesan apabila si perempuan ini berkata..Kalau sekarang kita sering menghubungi sesame kita,Apakah nasib bakal generasi akan datang.??Kalau sekarang kita sering bermesej , bergayut siang malam.Anak-anak kita juga akan melakukan hal yang sama,Bahkn lebih teruk lagi dari itu.
Ayuh teman..sama-samalah kita refleksi diri.Sesungguhnya akhlak kita itu mencerminkan bakal imam kita nanti.Perangai kita waktu remaja inilah pembentuk akhlak anak-anak kita kelak.
Wanita solehah itu bukan terletak pada pakaiannya
wanita solehah itu bukan padanya status ustazah sahaja
wanita solehah itu untuk semua golongn wanita.
perbaiki diri..perbaiki peribadi..Insyaallah Allah akan kurniakan Imam yang mampu membimbing kita menggapai wanita syurga bidadari dunia..

No comments:

Post a Comment